Thursday, January 15, 2009
selamat tinggal SQSS blogg-ed at 10:22 AM
Tahun ini adalah tahun kelima aku belajar di Shuqun.
Banyak nostalgia indah yang aku alami namun ada satu yang menjadi bekas manis dihati.
12 Januari 2009,inilah hari keputusan GCE Peringkat 'O' diumumkan.
Hatiku berdegup laju menantikan pengumumannya walaupun bukan aku yang akan menerima sijil itu.
Rasa amat ghairah apabila keputusan akhirnya diumumkan.
Satu demi satu ku lihat sahabat handaiku mengambil keputusan mereka.
Hatiku merasa lega apabila melihat kesemuanya melonjak kegembiraan.
Aku turut berasa syukur atas kejayaan mereka itu kerana aku sering berdoa agar mereka berjaya akhirnya ia terkabul jua.
Persahabatan yang kukuh selama lima tahun tercabar kerana kini mereka akan meninggalkan Shuqun buat selamanya.
Ribuan terima kasih ku ucapkan buat Ashraf,Dhuha,Darshan & Bakhit kerana memberiku dorongan yang tiada akhirnya.
Tidak lupa juga kepada Pengetua Sekolah,Mr Noel Ong,Cikgu Ismail dan guru-guru yang lain yang tidak ku terfikir kerana memberi ku peluang yang kedua.
Aku berjanji,selagi nadiku berdenyut selagi itulah aku akan berusaha untuk mencapai kejayaan menjadi pereka seperti yang ku diidamkan.
Nasihat kepada 'junior'ku,usahlah dikau lalaikan pelajaranmu kerana ia akan menjamin masa depanmu.